28 Jul 2011

mensyampu rambut

Sediakan alatan dan bahan:
  • Botol penyembur air
  • Berus rambut
  • Tuala
  • Sikat
  • Syampu
  • Perapi
Sediakan pelanggan:
  • Pastikan pelanggan berada daalam keadaaan selesa
  • Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan
  • Alas bahu dengan tuala 
  • Analisis rambut dan kilit kepala pelanggan
  • Isi kad rawatan pelanggan
Mensyampu rambut
  1. Menyikat rambut
  • Leraikan kusut bermula dari bahagian tengkuk ke puncak kepala
      2. Membahagi rambut kepada dua bahagian dan klip dengan kemas
      3. Memberus rambut bahagian atas,kiri,kanan dan belakang
  • Rambut diberus selapis demi selapis bermula dari bahagian kanan dan diikuti bahagian kiri kepala.
  • Rambut diberus menghala ke atas
      4. Mensyampu rambut
  •   Basahkan rambut
  • Bubuh syampu di taapk tangan
  • Buihkan syampu di bahagian puncak kepala.Ratakan kesemua garis rambut dan bahagian belakang kepala
      5. Manipulasikan kulit kepala
  • Lakukan gerakan urut usap (effleurage).Mulakan dari dahi hingga ke tengkuk
  • Lakukan beberapa kali
  • Lakukan gerakan urut pusing(rotary) pada seluruh kepala.Mulakan mengurut pada bahagian dahi,kiri,kanan dan di belakang kepala
  • Gerakan hujung jari berpusar di atas kulit kepala
       6. Membilas rambut
  •  Baringkan pelanggan dengan selesa di singki
  • Bilas rambut di bahagian tengah
  • Bilas rambut di bahagian kanan dan kiri rambut
  • Bilas rambut di bahagian belakang dan tengkuk
       7. Merapikan rambut
  • Bubuh perapi rambut di taapk tangan dan rataakn di seluruh rambut,biarkan seketika.
  • Bilas dengan air sejuk untuk membersihkan rambut dan kulit kepala.
  • Buang air yang berlebihan.letakkan tuala pada bahagian belakang.
  • Balut kepala dan petap rambut pelanggan dengan tuaal hingga separa kering
      8. Menggayakan rambut mengikut stail yang dikehendaki

jenis rambut

Normal
Rambut kelihatan bersinar dan cantik.Kulit kepala tidak terlalu kering dan terlalu berminyak.Rambut jenis ini mudah digayakan dan stail yang terbentuk akan tahan lebih lama.
Kering
Rambut mudah kusut,kelihatan kusam dan kering menggerbu.Rambut kering akan mudah bercabang di hujungnya jika dibiarkan dan agak sukar untuk digayakan.
Berminyak
Rambut sentiasa kelihatan lembap.Keadaan kulit kepala juga akan kelihatan berminyak dan melekit.Mudah memerangkap kotoran dan habuk.Berbau hapak dan sering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Rambut bermasalah

-rambut berbuah
Keadaan rambut berbintil-bintil seperti buah

-rambut bercabang
Hujung rambut bercabang.Rambut jenis ini adaalh tidak sesuai untuk dibiarkan panjang
-Rambut berkelemumur
Terdapat kepingan berwarna putih pada rambut dan kuli kepala.Kepingan ini terjadi disebabkan lapisan kulit mati yang paling luar(korneum) terlalu aktif dan menyebabkan berlaku pertukaran yang cepat.

20 Jul 2011

contoh solekan dan penggayaan rambut






















solekan pelbagai

Solekan yang bertemakan seram ini memerlukan bedak asas yang lebih cerah dari warna kulit dan digabung dengan pembayang mata yang agak gelap untuk menampakkan kesan yang galak pada mata..penambahan darah tiruan yang mengalir dibahagian hujung bibir juga dapat menambah kesan yang lebih seram dan real..Rambut juga disasak agar dapat di gabungkan dengan serasi bersama tema solekan dan konsep yang hendak ditampilkan.



Solekan untuk konsep angle ini memerlukan solekan yang agak teliti agar kesucian seorang witch itu dapat diketengahkan..Gincu merah menyala digunakan agar lebih menyerlah dan kelihatan seksi..untuk menyerlahkan lagi solekan yang agak tidak keterlaluan ini,rambut palsu digunakan agar konsep ini lebih menyerlah dengan meletakkan rambut berwarna putih..gabungan pakaian hitam dengan bulu putih di bahu merupakan pilihan yang bijak dan gabungan yang tepat untuk tema yang hendak di ketengahkan.



High fashion ini tidak memerlukan solekan yang terlalu sarat..warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak..pemilahan pakaian yang sederhana tetapi menarik ini memudahkan solekan dan dandanan rambut yang begitu unik sudah memadai untuk menyerlahkan keseluruhan penampilan dengan tema high fashion..



Korean class..dengan tema ini kebiasaannya solekan yang digunakan adalah solekan yang sederhana tetapi menarik..mengikut kesesuaian pakaian yang dipilih,Untuk menampakkan kesan mata yang lebih menyerlah,celak berwarna hitam digunakan pada bawah dan atas alis mata untuk kesan mata yang galak..rambut panjang dan beralun digayakan dengan topi kepala melengkapkan tema korean class




Bertemakan kingquen fighter solekan yang agak menyerlah dan garang digunakan untuk menampakkan kesan yang lebih garang dan tegas,seperti biasa penggunaan celak mata pada alis atas dan bawah digunakan,pembentukan kening yang sempurna pada solekan ini menyerlahkan lagi tema yang hendak diketengahkan..rambut yang disanggul dan sengaja disasak,adalah untuk menampakkan cara yang bersahaja pada keseluruhan solekan..dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan tema yang diberi..kingquen fighter berjaya dihasilkan