20 Jul 2011

solekan pelbagai

Solekan yang bertemakan seram ini memerlukan bedak asas yang lebih cerah dari warna kulit dan digabung dengan pembayang mata yang agak gelap untuk menampakkan kesan yang galak pada mata..penambahan darah tiruan yang mengalir dibahagian hujung bibir juga dapat menambah kesan yang lebih seram dan real..Rambut juga disasak agar dapat di gabungkan dengan serasi bersama tema solekan dan konsep yang hendak ditampilkan.



Solekan untuk konsep angle ini memerlukan solekan yang agak teliti agar kesucian seorang witch itu dapat diketengahkan..Gincu merah menyala digunakan agar lebih menyerlah dan kelihatan seksi..untuk menyerlahkan lagi solekan yang agak tidak keterlaluan ini,rambut palsu digunakan agar konsep ini lebih menyerlah dengan meletakkan rambut berwarna putih..gabungan pakaian hitam dengan bulu putih di bahu merupakan pilihan yang bijak dan gabungan yang tepat untuk tema yang hendak di ketengahkan.



High fashion ini tidak memerlukan solekan yang terlalu sarat..warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak..pemilahan pakaian yang sederhana tetapi menarik ini memudahkan solekan dan dandanan rambut yang begitu unik sudah memadai untuk menyerlahkan keseluruhan penampilan dengan tema high fashion..



Korean class..dengan tema ini kebiasaannya solekan yang digunakan adalah solekan yang sederhana tetapi menarik..mengikut kesesuaian pakaian yang dipilih,Untuk menampakkan kesan mata yang lebih menyerlah,celak berwarna hitam digunakan pada bawah dan atas alis mata untuk kesan mata yang galak..rambut panjang dan beralun digayakan dengan topi kepala melengkapkan tema korean class




Bertemakan kingquen fighter solekan yang agak menyerlah dan garang digunakan untuk menampakkan kesan yang lebih garang dan tegas,seperti biasa penggunaan celak mata pada alis atas dan bawah digunakan,pembentukan kening yang sempurna pada solekan ini menyerlahkan lagi tema yang hendak diketengahkan..rambut yang disanggul dan sengaja disasak,adalah untuk menampakkan cara yang bersahaja pada keseluruhan solekan..dengan pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan tema yang diberi..kingquen fighter berjaya dihasilkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan