23 Jun 2011

TEORI WARNA

MAKLUMAT PENTING!!!!
Koordinasi warna adalah penting supaya kesan keseluruhan solekan lebih sempurna dan harmoni.Untuk mencapai keharmonian warna semasa melakukan solekan,beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti pemilihan warna yang sesuai untuk pembayang mata,gincu,pemerah pipi,varnis kuku,pakaian,kasut dan beg tangan

WARNA SEJUK
  • Warna yang mempunyai ton biru
  • Contoh warna sejuk ialah biru,merah jambu,ungu dan ungu kemerah-merahan
WARNA PANAS
  •   Warna yang mempunyai ton kuning
  • Contoh warna paans ialah kuning,oren,merah dan hijau kekuning-kuningan



KOMBINASI DAN KEHARMONIAN WARNA

Bagi mendapatkan warna yang sesuai dengan kulit,perlu pandai menggunakan warna agar gabungan warna yang digunakan kelihatan lebih cantik dan menarik.Terdapat tiga warna utama iatu warna primer,sekunder dan tertier.

WARNA PRIMER



  • Tidak boleh dihasilkan atau diperoleh daripada campuran sebarang warna
  • Warna kuning,biru dan merah



    WARNA SEKUNDER

  • Warna yang di hasilkan daripada campuran dua warna rpimer dalam kuantiti yang sama.


    WARNA TERTIER

  • Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna sekunder dan satu warna primer dalam kuantiti yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan