23 Jun 2011

TEORI WARNA

MAKLUMAT PENTING!!!!
Koordinasi warna adalah penting supaya kesan keseluruhan solekan lebih sempurna dan harmoni.Untuk mencapai keharmonian warna semasa melakukan solekan,beberapa perkara perlu diambil perhatian seperti pemilihan warna yang sesuai untuk pembayang mata,gincu,pemerah pipi,varnis kuku,pakaian,kasut dan beg tangan

WARNA SEJUK
  • Warna yang mempunyai ton biru
  • Contoh warna sejuk ialah biru,merah jambu,ungu dan ungu kemerah-merahan
WARNA PANAS
  •   Warna yang mempunyai ton kuning
  • Contoh warna paans ialah kuning,oren,merah dan hijau kekuning-kuningan



KOMBINASI DAN KEHARMONIAN WARNA

Bagi mendapatkan warna yang sesuai dengan kulit,perlu pandai menggunakan warna agar gabungan warna yang digunakan kelihatan lebih cantik dan menarik.Terdapat tiga warna utama iatu warna primer,sekunder dan tertier.

WARNA PRIMER



  • Tidak boleh dihasilkan atau diperoleh daripada campuran sebarang warna
  • Warna kuning,biru dan merah



    WARNA SEKUNDER

  • Warna yang di hasilkan daripada campuran dua warna rpimer dalam kuantiti yang sama.


    WARNA TERTIER

  • Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna sekunder dan satu warna primer dalam kuantiti yang sama.

BENTUK-BENTUK WAJAH

22 Jun 2011

PENGENALAN SOLEKAN

Solekan (make-up) diwujudkan bagi memberi kesempurnaan atau kecantikan kepada seseorang. Dengan solekan sahaja, ia mampu memberi karektor pada wajah. Solekan merupakan perkara asas bagi kecantikan serta menjadi satu kelengkapan harian wanita.  Tanpa penggunaan solekan, maka seseorang wanita akan menjadi kurang keyakinan.  Oleh itu, penggunaan solekan adalah amat penting untuk menonjolkan sama ada dari segi kecantikan, watak dan keadaan.  Malah solekan juga membantu dalam pementasan teater.  Hal ini kerana, solekan merupakan perkara terpenting dalam pementasan teater kerana ia akan membantu pelakon itu memperlihatkan ketrampilan, watak dan juga usia.

Bagaimana bersolek yang betul dan mudah agar hasilnya memuaskan? Ternyata tidak semua wanita memiliki kepandaian teknik bersolek. Berikut ini langkah-langkah bersolek yang betul.

1. Kenali jenis kulit, normal, berminyak atau kering? Hal itu penting kerana dapat menghindari kita dari alregi, kulit kemerahan atau berjerawat akibat salah produk kosmetik yang tidak sesuai jenis kulit.


2. Pembersih dan penyegar, gunakan pembersih dan penyegar ketika akan bersolek dan pada malam hari ketika hendak tidur. Membersihkan wajah sebelum bersolek sangat penting agar hasil solekan terlihat halus di wajah dan tahan lama.

3. Alas bedak, sapukan alas bedak searah pertumbuhan bulu roma di wajah kita. Biasanya ke arah bawah. Hal ini mencegah bedak yang digunakan dari bercapuk.

4. Bedak, letakkan bedak dengan cara ditepuk-tepuk sambil diratakan. Jangan lupa untuk meletakkan di bagian bawah mata. Gunakan span yang lembut agar hasil lebih halus.

5. Pembayang mata, letakkan pembayang mata berwarna gelap di seluruh kelopak mata membentuk setengah lingkaran (mengikuti tonjolan bola mata). Tambahkan pembayang mata warna muda di atasnya sampai di bawah alis. Untuk kesan mata yang besar, tambahkan pembayang mata warna agak gelap di bawah mata dari ujung sebelah luar hingga di tengah.

6. Celak mata, gunakan celak mata dengan cara (tidak ditekan). Hal ini untuk menghindari kesan galak jika terlalu gelap.

7. Pemerah pipi, sapukan pemerah pipi dari arah tulang pipi atas ke arah cuping hidung.Semakin ke arah cuping hidung semakin tipis. Letak tulang pipi dapat diketahui jika wajah sedang senyum.

8. Gincu, yang terakhir, letakkan gincu menggunakan berus bibir. Hal ini untuk menghasilkan sapuan yang rata

Dan jangan lupa, selalu sediakan kertas minyak untuk mengurangi kilat di wajah akibat minyak yang berlebih.

SEJARAH SOLEKAN..

Sejarah make-up atau solekan tidak dapat dijelaskan secara tepat kerana ia telah digunakan lebih dari ribuan tahun dahulu.Namun pun begitu,pada zaman kuno Mesir, bijih tembaga dan timah telah digunakan untuk menghasilkan kosmetik.  Ia merupakan kosmetik pertama di dunia yang di buat dengan produk ilmiah sehingga ke hari ini yang dapat menyembunyikan pori-pori, menjadikan kulit lebih halus, dan make up telah menjadi sebahagian integral dari umat manusia selama ribuan tahun.

Selama berabad-abad, perempuan telah digunakan untuk kecantikan diri mereka sehingga dibakar untuk menggelapkan mata mereka, berry untuk noda bibir mereka dan air kencing anak laki-laki muda memudar bintik-bintik mereka.  Bahkan ada yang sanggup menelan darah lembu di beberapa usaha keliru untuk meningkatkan kualiti kulit mereka.

Perempuan di sepanjang zaman itu, meletakan mereka pada risiko kesihatan dengan banyak kosmetik buatan mereka sendiri. Contoh dalam beberapa budaya, misalnya menggunakan arsenik, plumbum, merkuri, dan bahkan lintah untuk memberikan diri mereka dengan penampilan pucat dianggap indah dihari tua.