TUJUAN MEWARNA
-Menutup rambut putih/uban,agar kelihatan lebih muda dan begaya.
-Menukar warna rambut asal kepada warna yang lebih menarik.
-Memulihkan warna rambut kepada warna asal
-Sebagai hiasan untuk kelihatan lebih menarik
-Mengubah gayaatau penampilan seseorang
JENIS PEWARNA RAMBUT
-Pewarna sementara,mudah luntur apabila rambut dibasahkan atau disyampu dengan sempurna
Contoh pewarna sementara
-pembilah berwarna,syampu penyeri pewarna,pewarna krayon,krim pewarna rambut,penyembut rambut berwarna,pewarna maskara.
-Pewarna separa kekal,akan hilang warnanya setelah 6-8 kali mensyampu rambut.Pewarna ini tidak menukar struktur asal rambut
-Pewarna kekal,sangat popular kerana hasil mewarna lebih cepat dan mudah digunakan.Dalam proses perwarnaan rambut kekal,hidrogen peroksida memainkan peranan penting.
INTENSITI WARNA
-Hitam
-Perang tua
-Perang sederhana
-perang muda
-Kuning buluh tua
-Kuning buluh sederhana
-Kuning buluh muda
-kuning buluh lebih muda
-Kuning buluh keputihan
*Elakkan mewarna selepas mencukur di bahagian dahi dan leher
*Elak memberus rambut ketika rambut hendak diwarnakan
*Gunakan syampu lemah sebelum mewarna rambut
*Lakukan rawatan pemulihan selepas mewarna
SEBELUM MEWARNA RAMBUT
-Pastikan alat yang digunakan dalam keadaan bersih dan disteril
-pastikan telah melakukan ujian kulit 24jam sebelum mewarna rambut
-Jika terdapat tanda positif semasa ujian kulit,elakkan mewarna rambut
-Elak melakukan rawatan rambut sebelum mewarna
-pastikan isi padu hidrogen peroksida adalah pada kadar yang betul.
-Pastikan kulit kepala tidak bermasalah.
SEMASA MEWARNA RAMBUT
-Lindungi pakaian pelanggan dan pendandan
-Lindungi kulit pelanggan dengan krim pelindung
-Pekai sarung tangan semasa melakukan kerja mewarna.
Jangan gunakan pembancuh dan bekas dari logam untuk membancuh warna
-Sentiasa berhati-hati semasa mewarna,elak dari terkena mata
-Sentiasa bekerja mengikut arahan
-Buang segera warna yang terkena pada kulit
-Jangan menarik rambut terlalu kuat
SELEPAS MEWARNAKAN RAMBUT
-Jangan gayakan dengan pengetak elektrik
-Jangan gunakan suhu yang tinggi semasa meniup kering rambut
-Berikan rawatan pemulihan
-Pastikan menyimpan dan mengisi rekot pelanggan
-Bersihkan semula alat yang telah digunakan
-Simpan bahan pewarna yang berlebih didalam bekas yang tertutup rapat
-Elakkan mensyampu rambut dalam 48jam selepas mewarna
-Elakkan melakukan proses kimia ke atas rambut selepas mewarna